Dalam diam tak diam, kejohanan SMSS Ten's dah manjadi satu aktiviti yang besar kepada warga SMSSians.... Semenjak ianya diadakan 17 tahun lalu, kejohanan menjadi semakin berkembang terutamanya permintaan pasukan yang ingin sertai kejohanan.
Walaupun pada mulanya ianya berkonsepkan "gathering tournament" (dan masih lagi boleh di guna pakai), pada hakikatnya bahang dan tanggungjawab menganjurkannya serta memastikan kejayaan pasukan SMSS dan SMSOB pada setiap kejohanan amat berat untuk di pikul....
Alhamdulillah, sokongan dan bantuan dari pihak Sekolah dan Alumni SMSS amat menggalakkan terutamanya dalam soal menganjur kejohanan itu sendiri.
Atas permintaan yang tinggi dari pelbagai pasukan terutamanya kategori Bekas Pelajar, tahun ini kita telah mulakan satu proses pemilihan pasukan bagi ketegori ini. Satu kejohanan kelayakan telah diadakan dengan penyertaan 20 pasukan Bekas Pelajar (masih lagi ada pasukan yang tidak dapat sertai kerana ianya terhad oleh masa).
Dan untuk masa hadapan, sudah sampai masanya kita menaik-taraf kejohanan ini kepada tahap yang lebih tinggi, iaitu menghadkan kepada 8 pasukan sahaja di setiap ketegori. Maknanya kita akan jalankan pusingan kelayakan bagi setiap ketegori. Dan jika ini berlaku, maka ianya manjadi satu sejarah kepada kejohanan itu sendiri kerana ianya adalah merupakan satu-satunya kejohanan karnival terbuka yang mempunyai pusingan kelayakannya sendiri.
Dan tidak mustahil, akan ada kejohanan Pra-kelayakan selepas ini nanti.
Tapi yang pentingnya sekali lagi.....Pasukan SMSS dan SMSOB mesti mencatat nama sebagai JOHAN setiap tahun.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.